Image Map

Wednesday, December 10, 2014

Majlis Perasmian dan Penutupan Deepam Nite 2014/2015

DEWAN SERI MUTIARA- Pada 9 Disember 2014 telah berlangsungnya majlis perasmian dan penutupan Malam Deepam (Deepam Nite) untuk tahun 2014/2015. Majlis yang penuh dengan warna-warni pakaian tradisional kaum india ini telah dimulakan pada pukul 9 malam dengan nyanyian lagu tema Universiti Malaya (UM).



Gambar: Jumlah hadirin yang hadir amat menggemparkan sehingga tidak cukup kerusi! ^^



Gambar: Kawasan pentas dihias indah dengan hiasan yang menarik.

      Setelah nyanyian lagu selesai, pengacara majlis menjemput Pengetua untuk memberikan ucapan beliau, seterusnya merasmikan Malam Deepam 2014/2015. 



Gambar: Dua orang pengacara yang bertugas kelihatan bersungguh-sungguh dalam mengendalikan majlis. 

      Nei Vilaku, lampu lilin yang kecil, telah dinyalakan oleh para AJK malam Deepam, dan diletakkan di hadapan pentas sebagai tanda perasmian majlis. Ia mengelilingi Kolam, seni lukisan cantik yang hanya menggunakan butir-butir beras yang berwarna.

      Setelah itu, pengarah untuk projek Malam Deepam, Indhumathi Krishnan memberikan ucapan alu-aluannya kepada para hadirin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan montaj Malam Deepam yang memperkenalkan AJK multi-etnik yang terlibat.

      Setelah itu, acara yang amat dinanti-nantikan bermula iaitu persembahan tarian India! Semua hadirin yang hadir dilihat begitu teruja dengan persembahan. Mereka bersungguh-sungguh memberikan sorakan dan tepukan kepada para penari.  Para penari kesemuanya bersemangat dalam memberikan persembahan yang mantap. Memang sangat 'awesome'!



Gambar: Antara para penari yang membuat persembahan menarik malam itu.



Gambar: Tarian mereka kelihatan semakin hidup dengan perhiasan indah di kawasan pentas. 





      Majlis pada malam itu diakhiri dengan acara pemberian hadiah kepada kumpulan-kumpulan tari yang menang. Juara bagi tarian India ini dimenangi oleh pasangan dua orang gadis; Gubapria & Jeyamalar, penari hebat daripada kolej 4! Syabas diucapkan! Tempat Naib Johan pula telah dimenangi oleh kumpulan penari Bestari Indian, dan diikuti oleh kumpulan ketiga, yang memenangi tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan tarian India! Jangan risau, kami sebagai para penonton, berasa terhibur dengan setiap persembahan para penari. 

      Majlis tamat dan tirai ditutup pada pukul 10.30 malam. Makanan yang sedap, persembahan yang menarik, dan suasana yang heboh dengan keterujaan para peserta Malam Deepam! Best! ^^

Gambar: Kolam yang dikelilingi oleh Nei Vilaku.

No comments :

Post a Comment