Pada malam tersebut juga, pelbagai persembahan menarik disajikan kepada yang penonton yang hadir. Bagi memeriahkan lagi majlis ini, penonton diminta untuk berpakaian tradisional.
Majlis ini secara rasminya berlangsung setelah ketibaan Pengetua Kolej Kinabalu dan felo-felo kolej. Majlis bermula dengan ucapan pengarah projek MTK iaitu, Saudara Najmi Nordin . Kemudian, Dr. Muhamad Shakirin diberikan mandat oleh Tuan Pengetua untuk memberikan ucapan perasmian penutupan mewakilkan beliau meskipun beliau hadir pada malam tersebut,
Kemudian, majlis diteruskan dengan sajian persembahan tarian kipas dari budaya Cina oleh kumpulan tarian Cina Kolej Kinabalu yang pernah memenangi tempat pertama dalam Festival Seni sesi 2013/2014.
Majlis diakhiri dengan acara pemberian hadiah kepada kumpulan yang menang pada malam hari pertama MTK serta cabutan bertuah kepada penonton-penonton yang bertuah pada malam itu.
Kesimpulan daripada kedua-dua hari MTK ialah, aktiviti-aktiviti yang dijalankan memperkenalkan warga Kinabalu yang berlainan budaya serta kaum ini tentang budaya kaum lain. Kita boleh lihat bagaimana Melayu, Cina, India dan kaum-kaum pribumi Sabah bergaul bersama semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang dua hari ini. :)
No comments :
Post a Comment