Image Map

Friday, May 8, 2015

Malam Anugerah Kinabalu ke-30 (MAK30)



Pada 3 Mei 2015 (Ahad) yang lalu, warga Kolej Kediaman Kinabalu telah menjayakan Malam Anugerah Kinabalu yang ke-30 (MAK30).  Program jamuan makan malam ini bertemakan 'Gold and Glory', menonjolkan warna keemas-emasan dalam setiap aspek jamuan tersebut.  Memang benar pun, warga Kolej Kediaman Kinabalu (Kinabalu) mempunyai personaliti 'emas' dalam diri masing-masing, walaupun seurat.

Pengurusan program ini bermula daripada kolej lagi, dengan para hadirin dan hadirat yang memakai pakaian berwarna keemas-emasan (termasuklah penulis), menaiki bas-bas yang telah disediakan untuk ke Palace of The Golden Horses, tempat program ini dijalankan.  Para hadirin tiba awal, maka warga Kinabalu bebas bersiar-siar (dan menangkap gambar!) di sekeliling kawasan Palace of The Golden Horses, sebelum masuk ke dalam dewan makan pada pukul 7.45 malam.

Antara hadirat yang menonjolkan keemas-emasan dalam diri mereka...

Majlis bermula dengan ketibaan para VIP, lebih kurang pada pukul 8.00 malam.  Setelah persembahan gamelan, silat, dan tarian India dipersembahkan, para hadirin dijamukan pula dengan persembahan sajian makanan, dengan chef menaiki kereta kuda, sambil para pelayan menyajikan makanan.

Pembuka selera...


Makanan pada malam itu bertemakan makanan Cina ataupun 'Chinese Cuisine'.  Sambil para hadirin menjamu selera, Anugerah-anugerah dihadiahkan kepada warga Kinabalu yang menunjukkan personaliti 'emas' mereka.  Pemberian anugerah diselangi dengan persembahan-persembahan daripada ahli-ahli seni warga Kinabalu sendiri.


Sambil menjamu selera, bersorak untuk penerima hadiah, dan menikmati halwa telinga yang dipersembahkan, para hadirin juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah.


Majlis melabuhkan tirai keemasannya lebih kurang pada pukul 11.15 malam. Majlis ini mempunyai makanan yang enak, persembahan yang menarik, dan pengurusan yang efisien. Penulis pulang dengan puas hati. Bagi yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut, penulis belanja gambar-gambar. (Itu sahaja yang penulis mampu...) Nah!

Antara penerima-penerima anugerah.
Di dalam dewan majlis...




No comments :

Post a Comment